Followers

Sunday, December 13, 2009

Perbezaan antara Minat, Suka, Sayang& Cinta


Minat. Ada sesuatu pada dirinya yg menarik kita untuk mendekatinya. Macam, dia reti main bola ke, senyum dia sweet ke, body dia hot ke, hehe
(Dalam erti lain: minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau brg yg kita mahukan.)

Suka. Kita sukakan dia lepas kita kenal dia dengan lebih mendalam, contoh kerana dia kelakar. Dia happy go lucky. Bila dgn dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindukan sangat kat dia bila tak jumpa seminggu.
(Dalam erti lain: suka dtujukan kepada seseorg yg boleh buat kita happy. Seseorang yang boleh menceriakan hidup kita, and teman kita bergelak ketawa)

Sayang. Kita memerlukan dia di masa kita mahukn seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah happy and sedih kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga untuk mendengar, mulut untuk memberi pendapat, bahu untuk tumpang menangis, dan badan untuk dipeluk. Kita juga menonjolkan sifat sebenar diri kita sebab kita selesa dengan dia dan selalunya dia tahu segalanya tentang diri kita. Dan selalunya kita tau apa yang dia suka, tak suka, makanan kegemaran, warna, macam tu la.
(Dalam erti lain : sayang ditujukan pada seseorang yang boleh membuangkan masa dia utk mendengar dan memeningkan kepala dengan masalah kita dan kita jugak kadang-kadang tak rasa serba salah menyakitkn hati dia sebab kita tak cinta dia)

Cinta. Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yg kita buat, kalau boleh nak dia tau. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang diri dia. Depan dia kita nak nampak perfect. Tak nak nampak buruk-buruk. Kita sanggup je datang jauh-jauh sebab rindu dia atau sanggup je kena marah asalkan dapat puaskan hati dia walaupun sebenarnya dia yang salah. Selalunya kalau cinta, bila bertentang mata, mesti tak tenang, bila jumpa mesti berdebar.
(Dalam erti lain: cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpa dia kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)




Tapi kita kena ingat bahawa
tanpa minat, suka dan sayang,
kita tidak akan CINTA pada seseorang :)

3 comments:

  1. wawawa...pndai ko mengarang??
    (walhal aku da tahu ko copy n paste)

    ReplyDelete
  2. copy paste pastu bubuh copyright,,

    ReplyDelete
  3. cinta lagi menyakitkan dari sayang-
    aku bawu taw cinta ngan syg tuh len..
    cane neh tika??
    *kompiusnye aku*

    ReplyDelete